Santai 'n' Rileks

Just another WordPress.com weblog

~Pemandu Wanita: Pastikan Anda Sentiasa Selamat~ February 2, 2010

Filed under: Car Care,Wanita — datulizah @ 9:33 pm

Pada masa kini, terdapat lebih ramai pemandu wanita jika dibandingkan dengan zaman dahulu. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan pemandu wanita sentiasa berada di dalam keadaan yang selamat. Di sini terdapat lapan langkah mudah yang boleh diikuti:-


Sebaik sahaja keluar atau masuk ke dalam kereta, sentiasalah pastikan kereta anda dikunci. Walaupun anda sedang menunggu rakan di kawasan yang anda rasakan selamat, adalah lebih baik mencegah daripada menyesal dikemudian hari.


Jangan sesekali tumpangkan orang yang tidak dkenali, walau apa alasan sekalipun. Jangan turunkan tingkap untuk menjawab pertanyaan daripada orang yang tidak dikenali, ia mungkin perangkap untuk mereka masuk terus ke dalam kereta anda. Jika anda perlu untuk berkomunikasi, cuba tuliskan ia di atas sekeping kertas dan pamerkan pada cermin tingkap anda. Ikutlah kata hati, jika anda rasa tidak selesa dengan apa yang berlaku, adalah lebih baik berlalu sahaja.


Simpanlah barangan berharga seperti beg tangan, komputer riba dan dompet anda di tempat yang selamat. Banyak kejadian curi berlaku pada waktu siang di mana pencuri menggunakan taktik membaling batu ke tingkap kereta untuk mendapatkan beg yang diletakkan di tempat yang mudah dilihat. Jadi, simpankan semua barang-barang berharga anda di tempat yang selamat dan tersembunyi.


Sentiasa pastikan anda mempunyai minyak yang mencukupi. Anda mungkin tidak tahu keperluan mendadak yang bakal anda lalui. Jangan biarkan sehingga minyak anda hampir habis, mana tahu anda mungkin kehabisan minyak tatkala kesesatan di tempat yang anda tidak pasti di mana.


Anda tidak tahu bila anda memerlukannya. Jadi simpankan nombor-nombor telefon penting seperti Polis, MAA, yang tersayang, pusat servis, pengedar kereta dan lain-lain. Jangan lupa juga untuk menyimpan lampu suluh di poket hadapan kereta anda.


Ikut kata hati anda, jika anda rasa diekori, cuba nyalakan lampu, bunyikan hon, dan jangan takut untuk meminta bantuan. Tujulah ke pusat membeli-belah yang sesak dengan orang ramai ataupun ke balai polis di mana terdapat ramai saksi. Jangan panik dan pastikan diri anda sentiasa dalam keadaan tenang dan fokus.


Sebagai pemandu wanita, adalah penting untuk memastikan di mana anda meletakkan kereta, terutama jika anda hanya akan kembali ke kereta pada waktu malam. Ini adalah kerana keadaan tempat meletak kenderaan akan berubah selepas waktu pejabat. Apabila kembali ke kereta, ingatlah untuk sentiasa memegang kunci kereta. Juga letaklah kereta anda di tempat yang ramai orang. Jangan duduk di dalam kereta terlalu lama setelah masuk semula ke kereta. Terus pandu keluar daripada tempat tersebut.


Sentiasa berhati-hati dengan keadaan di sekeliling anda. Jika boleh cuba dapatkan tempat letak kereta di tempat yang terbuka dengan pencahayaan yang terang. Jika berada di tempat yang anda tidak biasa, pastikan anda beritahu orang yang tersayang atau sesiapa yang rapat dengan anda lokasi anda pada ketika itu.


Footnote : Credit to mymesra.com. on the above infos.

 

2 Responses to “~Pemandu Wanita: Pastikan Anda Sentiasa Selamat~”

  1. luvida Says:

    x tau lak akk ade byk blog.
    ehe..
    ida blum jd pmandu wanita la. tp sume di atas ida stuju

  2. datulizah Says:

    Ida :
    Saje nak try benda baru… Baru best..huhuhu


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s