Santai 'n' Rileks

Just another WordPress.com weblog

~Tanda Amaran Untuk Service Kereta ~ February 12, 2010

Filed under: Car Care,General — datulizah @ 12:06 pm
Kebanyakan dari kita tahu apakah fungsi setiap lampu amaran yang terdapat pada papan pemuka kenderaan masing-masing, dan jika ada yang masih tidak tahu, inilah masanya untuk anda mula membaca kembali manual kenderaan anda untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Untuk pengetahuan semua, setiap lampu amaran tersebut mempunyai fungsinya yang tersendiri. Walaubagaimanapun ada sesetengah pengeluar kenderaan yang menggabungkan pelbagai fungsi ini ke dalam satu lampu amaran, selalunya untuk menandakan ada bahagian-bahagian tertentu yang perlu diperiksa dan diperbaiki. Sebagai seorang pemandu yang bertanggungjawab, terutamanya terhadap keselamatan dan nyawa anda dan yang tersayang, adalah menjadi tugas anda untuk mengetahui apakah makna di sebalik kesemua lampu amaran tersebut.

 

Langkah pertama adalah untuk membaca manual kenderaan anda. Jika mahu, anda boleh membacanya bersama-sama rakan ataupun bertanyakan kepada mekanik sehinggalah anda faham fungsi setiap lampu amaran dan apa yang harus anda lakukan sekiranya lampu-lampu tersebut menyala. Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan pada waktu akan datang, anda sudahpun bersedia dan tidak membuang masa atau mengambil risiko dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.


Jika lampu “enjin” anda tiba-tiba menyala, segera berhenti dan padamkan enjin kenderaan anda. Lampu ini mewakili tekanan minyak dan juga suhu air, maka apabila lampu ini menyala, ia menunjukkan sama ada tekanan minyak kenderaan anda sudah terlalu rendah (mungkin paras minyak sudahpun menurun), atau penanda aras tekanan sudah tidak berfungsi, maka ia menyampaikan mesej yang salah. Jika tekanan minyak menjadi rendah, enjin anda mungkin akan mengalami kebocoran minyak atau membakarnya. Adalah sangat penting semua ini diperiksa dengan lebih lanjut. Mungkin juga anda harus bertukar kepada minyak yang baru.
Jika lampu “periksa enjin” atau “hilang kuasa” menyala, pastikan anda membawa kereta anda untuk diperiksa oleh mekanik yang bertauliah. Walaupun ianya bukanlah kecemasan, tetapi ianya melibatkan masalah kepada kawalan perkomputeran enjin kenderaan. Maka adalah lebih baik anda mendapatkan khidmat nasihat profesional.


Selalunya apabila lampu “brek” menyala, ianya bermakna anda terlupa untuk menurunkan brek tangan ketika memandu. Walaubagaimanapun, ianya juga membawa makna paras minyak brek anda sudahpun menurun ataupun sistem brek anda tidak berfungsi. Pastinya sesuatu yang perlu diperiksa dan diservis!
Kebanyakan daripada kita mula berasa cemas apabila lampu “alternator” mula menyala. Ini adalah kerana ia bermakna bateri kenderaan anda tidak dapat di kuasakan dan akan padam tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, jika voltan alternator keluar berada di dalam keadaan yang stabil, ianya bermakna “drive belt” telahpun longgar dan anda harus  memastikan kenderaan anda diperiksa oleh mekanik yang bertauliah.

Salah satu masalah biasa yang sering dihadapi adalah lampu signal yang berkelip dengar kadar yang agak laju daripada biasa. Selalunya perkara ini menandakan beberapa perkara, mentol lampu signal tidak berfungsi atau ianya mungkin tidak bersesuaian dengan kadar watt kenderaan, atau mungkin ada wayar yang telah longgar. Salah satu cara mudah untuk mengenalpasti masalah ini adalah dengan menghidupkan enjin kenderaan anda, keluar dari kenderaan dan periksalah lampu signal di depan dan di belakang kenderaan anda. Akhir sekali tukarkan mana-mana mentol yang tidak berfungsi tersebut dengan mentol yang baru.

 

Footnote: Credit to mymesra for above infos.

 

~Pemandu Wanita: Pastikan Anda Sentiasa Selamat~ February 2, 2010

Filed under: Car Care,Wanita — datulizah @ 9:33 pm

Pada masa kini, terdapat lebih ramai pemandu wanita jika dibandingkan dengan zaman dahulu. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan pemandu wanita sentiasa berada di dalam keadaan yang selamat. Di sini terdapat lapan langkah mudah yang boleh diikuti:-


Sebaik sahaja keluar atau masuk ke dalam kereta, sentiasalah pastikan kereta anda dikunci. Walaupun anda sedang menunggu rakan di kawasan yang anda rasakan selamat, adalah lebih baik mencegah daripada menyesal dikemudian hari.


Jangan sesekali tumpangkan orang yang tidak dkenali, walau apa alasan sekalipun. Jangan turunkan tingkap untuk menjawab pertanyaan daripada orang yang tidak dikenali, ia mungkin perangkap untuk mereka masuk terus ke dalam kereta anda. Jika anda perlu untuk berkomunikasi, cuba tuliskan ia di atas sekeping kertas dan pamerkan pada cermin tingkap anda. Ikutlah kata hati, jika anda rasa tidak selesa dengan apa yang berlaku, adalah lebih baik berlalu sahaja.


Simpanlah barangan berharga seperti beg tangan, komputer riba dan dompet anda di tempat yang selamat. Banyak kejadian curi berlaku pada waktu siang di mana pencuri menggunakan taktik membaling batu ke tingkap kereta untuk mendapatkan beg yang diletakkan di tempat yang mudah dilihat. Jadi, simpankan semua barang-barang berharga anda di tempat yang selamat dan tersembunyi.


Sentiasa pastikan anda mempunyai minyak yang mencukupi. Anda mungkin tidak tahu keperluan mendadak yang bakal anda lalui. Jangan biarkan sehingga minyak anda hampir habis, mana tahu anda mungkin kehabisan minyak tatkala kesesatan di tempat yang anda tidak pasti di mana.


Anda tidak tahu bila anda memerlukannya. Jadi simpankan nombor-nombor telefon penting seperti Polis, MAA, yang tersayang, pusat servis, pengedar kereta dan lain-lain. Jangan lupa juga untuk menyimpan lampu suluh di poket hadapan kereta anda.


Ikut kata hati anda, jika anda rasa diekori, cuba nyalakan lampu, bunyikan hon, dan jangan takut untuk meminta bantuan. Tujulah ke pusat membeli-belah yang sesak dengan orang ramai ataupun ke balai polis di mana terdapat ramai saksi. Jangan panik dan pastikan diri anda sentiasa dalam keadaan tenang dan fokus.


Sebagai pemandu wanita, adalah penting untuk memastikan di mana anda meletakkan kereta, terutama jika anda hanya akan kembali ke kereta pada waktu malam. Ini adalah kerana keadaan tempat meletak kenderaan akan berubah selepas waktu pejabat. Apabila kembali ke kereta, ingatlah untuk sentiasa memegang kunci kereta. Juga letaklah kereta anda di tempat yang ramai orang. Jangan duduk di dalam kereta terlalu lama setelah masuk semula ke kereta. Terus pandu keluar daripada tempat tersebut.


Sentiasa berhati-hati dengan keadaan di sekeliling anda. Jika boleh cuba dapatkan tempat letak kereta di tempat yang terbuka dengan pencahayaan yang terang. Jika berada di tempat yang anda tidak biasa, pastikan anda beritahu orang yang tersayang atau sesiapa yang rapat dengan anda lokasi anda pada ketika itu.


Footnote : Credit to mymesra.com. on the above infos.

 

~ 10 Ways To Waste Your Petrol ~ January 19, 2010

Filed under: Car Care,General — datulizah @ 10:58 pm

During these times of fluctuating prices, petrol consumption is on the minds of many, as drivers try to get more from their mile (or kilometre). However, many people are unaware that they are burning up petrol and a bigger hole in their wallet, with poor driving habits. Here then are the top 10 ways to waste petrol.

We’re used to thinking that the air-conditioner is the biggest petrol guzzler in our car. However, one of the biggest drains on the car is actually aerodynamic drag – which gets worse when the windows are down. So when cruising down that highway, enjoy the AC and keep those windows up!


Keeping your engine oil without moving burns up gas for nothing. With today’s modern fuel-injection engines, it takes very little extra petrol to restart a car that’s already warmed up. Also, don’t worry about letting your engine “warm up” before driving. You can start driving immediately after starting your car, but gently, until your engine is warm.


Regular servicing will not only change things like oil and air filters, which will keep the engine running efficiently, it’s also useful for detecting parts and sensors that might be malfunctioning – that can cause fuel wastage, or other more serious problems.


This is one of the most popular methods of wastage. Under-inflated tires not only burn excess amounts of petrol, it’ll also prematurely wear out your tires and create deadly driving situations!


The lights have changed and you’re in a hurry. However, the more you press your accelerator, the more petrol you’re pumping into your engine. You don’t need all that pressure to speed up – you’ll get to wherever you need to be!


Conversely, some people think when they speed up really slowly, they’ll get better mileage. However, this can actually bog down the engine and make it run less efficiently (and again, burn up fuel). The key is balance between the two extremes, to instead achieve moderate acceleration.


Similarly, when you see a red light ahead, ease off on the accelerator rather than only stopping at the last minute. This gives your engine a break by gently slowing down. Driving this way will keep your brake pads in good shape longer, too.


Many people put things in the car that they need for a specific reason – and then somehow end up never unloading them. This adds to unnecessary weight that eats up fuel. Want to improve mileage? Get that junk out of your trunk!


The feel of maximum-performance tires is addictive, that strong feeling of power and security as they grip the tarred road like no other tire. However, these tires burn up more energy to move down the road – the higher performance, the more energy they burn up.

Footnote : Credit to mymesra.com article for above info

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.